Pages

leave your foot step here

Wednesday, July 16, 2014

Review, Review & More Review!

hai!
Assalamualaikum!
It is almost a year!
HAHAHA

by the way, rasanya tak terlambat lagi nk wish salam Ramadhan untuk korang korang semua kan? (hehehe) Salam Ramadhan untuk korang kt sana! kosong kosong! 


Ok entry kali ni aku just nk buat review panjang lebar untuk beberapa produk kecantikan masa kini yg aku try sepanjang aku berada kt hostel. maklom la..aku ni mudah dpt pengaruh rakan sebaya. Org suggest ni, aku try, org kata tu, aku beli, pendek kata iman aku mmg tak tetap la utk fix on satu satu produk dalam satu masa. Dalam tempoh 4 bulan aku kt hostel, mcm-mcm benda aku try. (menghabiskan duit PTPTN) korang pon mesti ada gak yg perangai lebih kurg cm aku kan? kan? kan?

Entry aku ni bukan nk tutup bukak periuk nasi any company ke ape ke, just nak share pengalaman. sebab keberkesanan produk-produk yg kita try may varied kan? mungkin aku xsesuai dgn benda-benda yg aku pakai ni and what so ever la kan..

First of all, aku bgtau korg benda-benda jijik dulu. Kulit aku ni jenis yg hyper sensitive. (hyper ke?) Sgt senang nk tumbuh kulapuk-kulapuk jerawat, whitehead and blackhead. Senang mengelupas. Kdg-kdg tukar air mandi pon boleh mengelupas. Contohnya, air paip kt hostel lebih suam berbanding kt rumah and aku da terbiasa dgn air paip kt hostel tu, so bila balik rumah, air sejuk tu bleh buat kulit aku mengelupas. It takes a week to recover. Pastu...walaupun cepat mengelupas, kulit aku ni sebenarnya oily. Korg mesti igt kulit aku kering, sbb tu senang mengelupas, kan? kan? Korang salah. Dah berjerawat kompom-kompom la oily. (huhuhuh) Jerawat ni plak ada mcm mcm jenis. Utk aku sndiri, aku labelkan jerawat yg membiak kt muka aku ni sbg jerawat berkala. Sbb apa? Sbb dia tumbuh waktu waktu tertentu jer. Mcm nk nk dekat period, bila stress, and bila bila masa dia nk tumbuh lah. Menyampah pon ada jugak. Lepas tu, aku kategorikan jerawat aku ni, jerawat rama rama. Bukan sbb saiz dia sebesar rama rama (ada ke??) tp sbb jerawat aku ni jenis bila tumbuh kt pipi kanan, pipi kiri pon tumbuh jgk. Kalau tumbuh kt dagu, kt dahi pon ada jugak. Mcm sayap rama rama tu.. corak dia identical kt both wings. Haaa mcm tu la jerawat aku ni. (korang faham tak?) Actually, ada byk lg jenis jenis jerawat yg awujud kt dunia ni. (hehehe) So, briefly, korang da tau da kulit aku ni jenis mcm mana. Maybe ada antara korang yg mengalami masalah yg sama mcm aku. (Jgn bersedih okay! You're not alone....)



(yg ni choc flavour. aku minum yg berries jerrr)


Now, aku bgtau korang produk - produk yg aku consume dulu. yakni, yg dimakan laa. Skrg kan femes segala macam collagen la apa lah kan. Sampai kdg-kdg tak tau nk consume yg mana satu. Jadi, untuk beberapa bulan sebelum aku masuk hostel, aku pon makan la sejenis collagen drink - Aurawhite. Perisa berries. Sedap jugaklah. Sebenarnya, minuman collagen ni aku rembat mak aku punya. Dalam half botol jugak la aku rembat. (ampunkan saya!!) Sedap memang sedap. Aku consume benda ni dalam bulan puasa. So, tahap kosumsi aku ni  terbatas hanya pada waktu malam. Efek dia sgt lah lambat. Dahla aku excited nk melawa masa raya tu. First efek yg aku bleh rasa ialah, kulit aku trasa halus sikit. Halus sikit jer okay! Tak lah flawless. Nk kata kulit aku putih pon tak. Jerawat tu terkawal lah jugak. Tp proses nk pudar parut parut jerawat tu sgt lah lambat. (maybe aku yg tak penyabar kot). So aku stop.




Disebabkan ketidak sabar-an aku consume Aurawhite, aku pon beli lah sebotol Maixara. Tak igt la brapa harga dia, tp masa tu ada promosi. Nasib jugak la ada promosi. Tak la rasa membazir (kekekeke) Maixara ni lebih kurang Aurawhite jugak. Cuma dalam bentuk capsule keras. Rasa pon sama. Berries gituuu. Aku consume 2 biji sehari. kalau tak silap ada 60 biji kapsul kt dalam botol kecik tu. Boleh la tahan sebulan. Mula-mula cm takot jugak nk consume sbb dia kata ada collagen yg di ambik dr sisik ikan tilapia. adoiyai. aku bygkan rasa dia hanyir mcm makan pati ikan haruan. Tapi sebenarnya tidak sama sekali. (hihihi) Leka aku makan benda alah ni, aku sndiri x perasan apa perubahan yg aku alami. Cuma kakak aku ckp muka aku npk lain la. Dia kata, jerawat aku dah makin kurang, dah pudar. Tp yg paling aku perasan ialah, kulit aku lembap. Bukan oily okayh. Lembap. Which mean, it's good lah. Kulit lembap ni boleh mencegah penuaan tau! Mmg best la consume benda ni. Aku mkn dalam 2 minggu, da bleh npk perubahan tu. Walaupun tak ketara, tp still effective. Bila kulit dah lembap, tak pyh da pakai moisturizer (mmg aku tak pnh pakai moisturizer pon. hehehe) and lingkaran gelap bwh mata pon hilang. kedutan-kedutan bwh mata juga beransur hilang. Sgt best! Tp cukup sebulan, aku stop. Bila muka dah baik, mula lah rasa malas nk gi toko jamu nk beli yg lain. Aku ni mmg jenis mcm ni. Bila dah ok sikit, da malas nk continue guna. Sbb tu jerawat kejap ada kejap takde.Mcm chipsmore. (hehehe)




Right after aku stop consume Maixara. Aku gatal gatal tgn plak beli Soy Collagen. Ada promotion, 2 kotak RM50. Sgt berbaloi! (kahkahkah) Sebenarnya, Soy Collagen from NurBeautyLine ni dah lama ada kt pasaran. Sejak aku skolah rendah lg dah ada jenama ni. Sbb tu aku beli! (muehehe). Lgpon, mak aku penah consume benda ni masa aku skolah rendah dulu. And aku igt lg, mak aku mmg muda menawan masa dia consume Soy Collagen. So, why not skrg ni, anak dia plak try kan? kan? kan? (teehee). Soy Collagen ni dalam serbuk. Ada 10 sachets setiap box. (mahal jugak la sbnrnya) Rasa soya yg sedap! Tak manis. and sgt berlemak rasa dia. Mmg sedap. Utk jimat, aku mkn la 1 sachet setiap malam. Boleh la tahan utk 20 hari. Itupun kdg2 aku skip minum. Nk jimat punya pasal. Lebih kurang mcm Maixara, perubahan dia ialah, kulit aku lembap. and maybe cerah sikit kot. kat badan la plg ketara. sbb muka kompom kompom terdedah cahaya matahri kan. Efek dia lambat jugak. Tp bila lama lama consume, parut parut jerawat makin pudar and tak de dah jerawat jerawt batu tumbuh sesuka hati. Semuanya in control! tp satu jer efek dia yg tak elok utk badan.... korang akan naik berat badan. Ini serious!! Kakak kedai tu pon ckp cmtu. (sbb dia pon consume Soy Collagen) Igtkan aku sog jer. Aku xtau la korang punya efek mcm mana. tp bdn aku mmg montel jugak la. (huhhu) tp jgn la takot, montel tu bukan la maksud nya korg naik berat secara mendadak. Naik sikit jer. berisi la org kata. bukan gemuk. haaaaa mcm tu. Tp kulit mmg halus.Lama lama, aku pon da malas nk consume. Muak jugak la minum soya ni.





Maka aku pon gugel la benda benda yg lain plak. Aku terjumpa la satu produk ni.. nama dia Emilay Whitening USA. Murah giler giler. Rm100 utk 5 botol. Takot jugak nk beli. Sbb murah sgt. Takot ada side effects kt buah pinggang ke apa ke. Tp disebabkan pengaruh rakan sebaya kata suruh try. Aku pon try. Sbb dia penah consume benda ni. Maka sampai la kelima lima botol tersebut kt hostel. Was was jugak nk makan. Dah dua hari dalam almari, aku tak usik sikit pon. Last last tergerak juga nawaitu nk telan benda ni. Kapsul softgel ni warna purple (dah la warna feveret....) bau dia cm... hhmm.. hanyir sikit. Aku syak benda ni pon ada collagen sisik ikan tilapia (hehehehe) tp Mr Gugel kata ada extract biji anggur la apa la (korang boleh gugel sndiri. Lg senang. hehehe). And aku pon makan la 2 biji sehari. Dalam sebotol ada 60 kapsul gel lembut. Boleh la tahan sebulan. Sebotol aku makan,, mmg superb! Kwn baik aku ckp, kulit aku mmg ketara gila berubah. Jerawat mmg terkawal. Tak tumbuh! ini serious. Kalau dia tumbuh pon, tak lama. kejap jer pastu hilang. Parut parut mmg terhapus. Mak aku pon ckp benda yg sama. Aku igt lg, dia ckp cmni.. "Eh, muka adik da bersih dah." Bangga jugak la. Tp mmg betol. Kalau korg cosume benda ni, mmg perubahan tu ketara sgt. Aku tak kata, makan makan pil ni dua tiga hari terus berubah, it takes time depends kt badan korg jugak. Utk aku, sebulan mmg npk dah perubahan. Kulit pon rasa lembap. Jarang mengelupas. and aku takde mengalami alahan resdung, bersin pagi pagi ke apa ke. Mmg best makan Emilay ni. Firstly, bila korg consume benda ni, korang akan cepat ke toilet. Membuang air besar. Maybe dia detox bdn kot. And setengah org cepat kencing or berpeluh. Aku mmg dr azali senang berpeluh. Korg tak la risau naik berat bdn ke apa ker. Sbb sentiasa detox. Takde pantang pantang makan (aku ni mmg kaki bedal and pelahap. HAHAHA) Alhamdulillah lah. Mkn pil Emilay ni mmg membuahkan hasil. Kulit trasa bersih luar dan dalam. kalau korg ada luka luka kt bdn, mmg cepat jer kering and sembuh. Parut parut mmg hilang. Muka pon rasa muda jer. (hehehe) Tapi tak lama lepas tu aku stop. (mmg perangai aku..nk buat cmne..)





Bila dah stop, hasutan lain plak dtg. Kwn kwn aku suruh try K-Colly. Benda ni mmg hot stuff kan? Kalau kt Instagram tu..melambak lambak org promote. Siap gambar Fatiya Latiff dorg tempek kt situ. and mmg aku termakan la hasutan tu. (kahkahkah!) Aku dpt special price dr kwn mak aku.. dgn harga RM85 jerrrr sebotol! Heaven gua ckp luu! (HAHAHAH) Kalau kt luar, still lg harga Rm110-RM160. Plg mhl aku penah survey RM180! gila kau! Pastu letak la mcm mcm benda free. mask la...apa lah. Ok back to K-Colly. Aku consume benda ni dgn cara bancuh dgn air. Aku bancuh sikit jer. Sbb aku tak tahan la manis dia kalau makan serbuk jer. Mmg manis. Lagi manis dr Aurawhite and Maixara. Smp lekat lekat kt gigi. So, aku pon bancuh dgn air suam. Satu scoop sehari. Aku mkn waktu malam. Efek dia lambat la jugak. Setengah org ckp tak effective la apa lah. Sbrnya ada efek dia, tp lambat. Mana boleh makan 1 scoop trus berubah jdk Fatiya Latiff. Korang kene la igt, Fatiya tu mmg muka da flawless. Mkn plak K-Colly, apa sgt lah efek dia. Kita ni muka mcm bulan. Berlopak-lopak sana sini. It takes time la kan? Yg penting sabar... First efek dia, cm Aurawhite and Maixara. Kulit korg lembap. Tp nk pudarkan parut-parut kt muka and bdn mengambil masa sikit. Kwn baik aku ckp, better continue mkn Emilay tu dr mkn K-Colly. Dia tak puas hati bila muka aku ni ditumbuhi jerawat semula. (baik kwn aku ni! hehehe) Maka, aku buat kesimpulan, K-Colly ni sama jer ngn adik beradik Aurawhite and Maixara. Rasa pon sama. Yg lainnya cuma tekstur. K-Colly lebih halus berbanding yg lain-lain. Bg korang, yg pernah consume Aurawhite and Maixara, mesti korg tau apa bezanya K-Colly ni. 



At the end, aku nekad nk keep consuming Emilay Whitening USA. Sbb aku puas hati dgn result dia. Terpulang kt korang nk ckp mana produk the better sbb semua ni depends kt diri korang sndiri. Setiap dr korang ada hak utk ada opinion korg sndiri. Kan? Kan? Kan? Tp nk keep consume Emilay ni pon, aku akan berjaga jaga, Taknak la merana di kemudian hari. So far aku gugel, takde lagi la komplen negatif yg wujud. Cuma ada pertingkahan produk aku ori, produk ko tak ori. Tu jer. Yg penting, makan juga buah buahan and keep sweating! supaya toxin toxin tak terperangkap dlm badan. 

See u guys in the next entry!
 

Template by Unconscious Mutterings